KAWAN-KAWAN SAYA




Sunday, April 10, 2011

Hyrul Mentor Buka Butik AK Design

Pada 25 Mei 2010 yang lalu, jam 2.30 petang, Hyrul Mentor telah merasmikan Butik miliknya sendiri di bawah label AK DESIGN yang terletak di Lot 62 (Berhadapan Lada Cafe) Axis Atrium Taman Cempaka, Ampang, Selangor.
Perasmian butik ini adalah sebagai hadiah dan tanda terima kasih Hyrul kepada penyokong, peminat dan rakan wartawan dari media cetak, elektronik yang tidak jemu memberi sokongan, galakan dan kerjasama kepada beliau untuk terus bertapak dan mewarnai industri muzik tanah air.
Butik AK Design milik Hyrul yang juga merupakan adik kepada Khairul Rizam dari Kumpulan In Heart ini mengenengahkan pelbagai jenis pakaian dan aksesori yang sesuai untuk untuk golongan remaja lelaki dan wanita, berkonsepkan Funky Fusion, AK Design pasti akan memenuhi citarasa peminat fesyen tempatan, khususnya di kalangan remaja masa kini.
Tahniah Budiey ucapkan kepada Hyrul Mentor atas kejayaan ini. Semoga terus sukses lagi selepas ini.

terima kasih Abang2 ENCEM n Kakak2 Cantik sebab sudi baca

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share